dikendalikan oleh TM
MCMC
PI
Padang Besar Selatan, Perlis
  • Utama
    • Mengenai PEDi
  • Maklumat Setempat
    • Maklumat Komuniti
    • Rekreasi & Pelancongan
    • Kemudahan Awam
    • Pendidikan
    • Kisah Kejayaan
    • Keusahawanan
  • Jadual Latihan & Aktiviti
  • Galeri
  • Soalan Lazim
    • Soalan Lazim PEDi
    • Soalan Lazim KTW
  • Hubungi Kami
  • facebook

eSukan - E-Sukan & Pembangunan Diri

13 Jun 2026 | Aktiviti Terkini

Pada 12 June 2026, telah berlangsung E-Sukan & Pembangunan Diri. Kelas ini berlangsung di NADI Padang Besar Selatan bermula pada pukul 09:30 pagi sehingga pukul 10:30 pagi. Tujuan kelas ini diadakan adalah untuk mencapai Road To 1 Million ahli NADI.

Sepanjang kelas ini berlangsung, peserta memahami mengenai pembangunan diri seperti proses memperbaiki dir secara berterusan, melibatkan kemahiran dan sikap, membantu mencapai potensi diri, berlaku melalui pengalaman dan pembelajaran dan penting dalam kehidupan dan kerjaya. Selain itu, peserta mengetahui mengenai disiplin melalui eSukan iaitu mematuhi jadual latihan, mengurus masa dengan baik, menepati komitmen pasukan, bertanggungjawap terhadap tugas dan disiplin membantu mencapai matlamat. Seterusnya, peserta mengetahui mengenai membina keyakinan diri seperti berani membuat keputusan, berkomunikasi dengan pasukan, menghadapi cabaran pertandingan dan keyakinan berkembang melalui pengalaman. Akhir sekali, peserta mengetahui mengenai kemahiran komunikasi seperti menyampaikan maklumat dengan jelas, mendengar pandangan orang lain, memberi dan menerima maklum balas, menyelesaikan masalah bersama dan komunikasi penting dalam semua bidang.

Dengan adanya kelas seperti ini, ianya dapat meningkatkan kemahiran komunikasi antara peserta, melatih semangat kerjasama antara pasukan dan membina hubungan baik diantara pihak pengurusan NADI dan komuniti. Selain itu, dapat menggalakan pelajar mendapatkan kemudahan yang NADI sediakan.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali
© Semua Hakcipta Terpelihara.